Monday, May 10, 2010

APA MASING2 TAK NAMPAK PUNCANYA KA?

Friday, April 2, 2010

GEJALA KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH & BERSABITNYA AKTIVITI BUANG BAYI

It's the system.

It's all about the system.

Ya! sistem adat dalam masyarakat Melayu kita juga.

Sistem adat & trend perkahwinan dalam masyarakat Melayu kini.

Sistem yang menjurus kepada unsur bercirikan 'mata duitan' yang mementingkan 'harta & kekayaan'. Juga kegiatan yang memberi galakan kepada unsur2 'riak' selain dari keghairahan bersaing (lebih kepada bersaing secara tidak sihat). Ini mengakibatkan sikap berlawan2 & berlumba2 siapa lebih hebat - siapa lebih besar - siapa dapat tandingi aku - semua itu membawa kepada masing2 galak mempertahan ke-egoan masing2. Dan semakin menjadi2lah kegiatan lumba berlumba, lawan melawan sesama kalangan masyarakat Melayu sendiri.

Yang kaya raya tak kisahlah & yang berada (apa lagi kaya dgn duit terpijak - hasil wang dari sumber haram) - itu semua tidak akan jadi masalah ..... bak kata pepatah Inggeris 'Easy come easy go'.

Tapi, yang jadi mangsa pada keseluruhannya adalah .... masyarakat Melayu itu sendiri.

Puncanya? Puncanya yang harus kita tackle.

Punca pertama adalah makbapak yg mementingkan 'harta & kekayaan' yang membawa mereka kepada bersifat 'mata duitan'. Ini dipihak makbapak disebelah perempuan dimana letak harga hantaran belanja ditetapkan atau ditentukan oleh makbapak dipihak pengantin perempuan.

Punca kedua adalah pasangan yang terlibat. Disini yang menjadi beban masalah adalah dipihak pasangan lelaki dimana kerapkalinya tidak termampu atau belum cukup bersedia untuk menepati syarat2 yang lebih bertumpukan kpd masalah kewangan. Dengan itu selalu terjadi kes2 tertangguh atau tertunda (sementara dapat menyediakan sejumlah yang ditetapkan).
Jadi, dalam kedudukan keadaan tertangguh inilah akan berlakunya bermacam2 ter ... itu .....ter ini ..... dan akhirnya sampai ketahap ketelanjuran hingga tercetusnya insiden yang tidak di ingini.

Maka sembilan kemudiannya, berlakulah apa yang dikatakan 'kelahiran anak di luar nikah' akibat dari ketelanjuran perbuatan keji yang tidak dapat dikawal disebabkan keghairahan hawa nafsu yang kian memuncak.

Dan yang jadi mangsa diakhir episodnya ialah 'anak luar nikah' atau dgn lebih mudah disebut 'anak haram' oleh masyarakat Melayu kita juga .... sedangkan 'anak haram' ini adalah mangsa yang tidak berdosa langsung dalam perkara ini. Dan mangsa inilah yang senantiasa jadi mangsa yang teraniaya pada sebilang waktu.

Yang pelik tu masyarakat kita masih tidak nampak dimana puncanya yang patut di rongkaikan ..... ataupun masih tidak mahu atau berkeberatan untuk membuang terus sistem adat yang membawa beban kepada generasi anak bangsa kita sendiri (jika diambil kira pada jangka waktu yang panjang).

Bayangkan jika tiada sekatan atau pencegahan terhadap berlakunya gejala2 seperti ini dan ia akan terus meningkat jumlahnya tahun demi tahun? Tidakkah disuatu masa dan ketika nanti jumlah warga negara Melayu (yang beragama Islam lagi) yang berstatus 'anak haram' akan mengatasi jumlah warga2 negara yang dilahirkan secara sah (melalui sistem perkahwinan).

Satu lagi sistem adalah mengenai sistem penyampaian/penerangan yg banyak memaparkan hiburan2 yg melampau2 melalui sistem penyampai hiburan sampai kedalam rumah melalui media2 tv. Dan ditambah pula lagi dgn pesta2 anjuran pihak stesen2 tv (yg semakin pulun berlumba2 sesama mereka) untuk menarik para penonton dari pelbagai lapisan dan peringkat umur untuk menjayakan dan memakmorkan pesta2 anjuran pihak2 stesen tv (seperti Jom Heboh, Gegar, Suarasa, acara2 siaran langsung oleh media2 tv untuk menggalak dan menarik penonton berpusu2 menumpu kelokasi2 dimana dianjurkan.

Semua itu berupa hiburan belaka dimana kebanyakan Melayu2 kitalah yg mudah tertarik dan menerpa (rain or shine) ketempat dimana ada siaran tv secara langsung untuk masing2 ghairah berebut2 untuk menonjolkan muka masing2 untuk dapat masuk disiaran langsung siaran tv tersebut. Bila ada perhimpunan macam2 boleh jadi .... macam didalam gelap juga ...... macam2 boleh jadi. Dalam perhimpunan bila lelaki perempuan berasak2 berhimpit2 sudah tentu dari situ boleh berlaku sessi 'warm-up' .... yg kemudiannya akan berlanjutan dan berlarutan hingga ke suatu peringkat yg kalau di filem sudah tentu akan di censor oleh pihak lembaga penapis. Ini pun salah satu sebab yg boleh terjebaknya mereka2 yg mudah terjerumus dalam kancah kegiatan yg boleh mengakibatkan hingga ke episode 'pembuangan bayi' (nine months after).

Puncanya .... disini adalah keghairahan melimpah-ruahnya hiburan yg melampau2 (dlm serba serbi) anjuran pihak2 media tv juga (sama ada dari kerajaan maupun swasta).

Kalau tidak ada 'attraction' seperti ini ..... maka akan kuranglah tendency bagi mereka2 (esp anak2 muda) cuba mengambil peluang atau kesempatan untuk berfoya2 dgn pasangan masing2.
Juga ini pun mungkin boleh kira 'right time' untuk membalas dendam (disebabkan kahwin yg tertangguh atau tertunda - tergendala itu) di lepaskan pada masa dan ketika ini. Dan berlakulah episode 'kahwin free'....... maka 'dealing' dlm syarat2 hantaran belanja kahwin yg tinggi melambung tu sudah pasti akan jadi lebur begitu sahaja. Makbapak (dipihak perempuan) melepasssss .... menggigit jari aje ler. .... celah2 tu mana nak sorok muka?

Dari situ .... bermacam2 'action' dan 'reaction' berkemungkinan berlaku ....... itu yg timbul berbagai2 gejala negatif seperti apa yg dah terjadi dan berlaku dan terus akan berlaku dan terus berlaku jika sekiranya segala punca tidak segera dihapuskan sama sekali.

No comments:

Post a Comment